salam 1Malaysia.
ada perkara perlu diupdate di sini, sbb perkara ni xkan diupdate secara berleluasa di mana2 soc.network yg lain. due to certain reasons.
1 Mac 2012 was my Last Period. supposedly utk april tarikh period akan lewat 2hari dpd tarikh mac punya. jadi 1April, period xkunjung tiba. 3April pun period xkunjung tiba. ok tidak mengharap apa2. tunggu another 2days. 5April pun xkunjung tiba. jadi di sini suda lewat almost 5days. in a meantime, aku try timbang berat badan, saja nak tau berapa kg's dah betambah. n i was extremely shocked, bila sekilo ja lagi my weight nak cecah 60kg. amagaddd, histeria kejap. n a day later, trus decide ajak suma hausmet pegi GYM. GYM ok! seumur hidup xpenah berGYM. spent an hour at GYM, senaman nk kempiskan perut suma aku buat. dan trus decide nak jadi ahli GYM,bayar bulanan n tahunan. see how depressed i am bila tgk beratbadan sniri naik mendadak.
pastu on a weekend, 7-9April me n my hubs off to Perlis utk urusan bawak balik mak ke KL. still period xkunjung tiba. betambah stress tgk perut buncit, lg stress bila gogone xabih2 dok raba perut buncit pastu gelak2. sentap. genap ja 7hari period xdtg, omg i was like ni mesti ada sumthing niii, mesti ada hasiiillll niiiii. hahaha. so bila dah kat KL, pegi guardian beli UPT baru, on 11April pagi2 morning while waiting for gogone balik keja, aku pegi la kencing dan sekaligus utk buat UPT tu. sambil habiskan sisa2 kencing yg berbaki ahaks, mata dok keep on staring at the UPT. oiii tekejut sbb ada DUA LINE! yg SANGATTT JELASSS. alhamdulillah syukurrrr. tapi terus cuak. terus teringat aktiviti kat GYM aritu. gogone sampai ja umah, trus tunjuk dia the result. hahaha tau pun cuak, dan tekejut. we're not being tooooo excited, yet we're happy, n grateful. tengari pegi klinik utk sahkan lg the result, and doc said tahniah n good news, u're about 6weeks pregnant. dah 6minggu? apa aktiviti lasak terkangkang tekoyak yg aku dah buat spnjg 6minggu lepas? tu yg menjadi persoalan yg mencuakkan.
on friday, 2 hari lepas sahkan pregnant, i went to another clinic utk further checkup dan amik MC haha. doctor sahkan lg skali usia kandungan, dan dia bagi acid folic dan omega utk jaga kandungan. br aku tau rupa acid folic ni camna, slama umur meningkat dewasa ni dok dgq ramai org ckp psl acid folic bagai.
maka, ni adalah usia terkini kandungan kite.
| kite adalah 7weeks dan 5days pregnant. in 1st trimester. n see the baby's due is on early December 2012 y'ols. |
i thot i will deliver this baby on january next year, rupanya maybe on December. lagi la cuak. dalam masa yg sama, kenapa we're not being tooo excited dan xmau terlalu terbuka dalam mengupdate this pregnanccy hanyalah kerana, bimbang. usia baby telalu kecil, n mungkin telalu awal utk excited. dan ppl's say, banyak benda bole tejadi di awal kehamilan. my head cant stop thinking of keguguran dan sebagainya. Na'uzubillahiminzalikk. tolong doakan semoga kandungan ni selamat dan baik2 saja tanpa sebarang masalah, insya-Allah.
so far alhamdulillah there's no morning sickness for me. xpenah muntahak2, xpenah pening2 like typical malay drama tu yg bila pregnant ja trus uweeekkkk sambil berlari ke toilet tu. cuma cepat lapar, cukup time ja nak makan, tapi bila makan certain foods, mampu telan 4-5-6 suap ja lps tu rasa kembang tekak. tu ja la mungkin simptom2 aku mengandung tu. aku dah xpakai kasut tinggi melangit except for my CK wedges tu sbb tu ja kasut ofis yg nmpk mcm kasut nk gi ofis. jalan slow2, xdak lari2 lagi dh kat ofis, used to be my habit kt mana2 tmpt aku keja msti aku suka nk lari2, laju la skit bila buat keja. naik tangga slow2, mcm makcik2 xlarat nk panjat tangga tu. dan bila drive, kurangkan kelajuan dan potensi utk sengaja langgaq lubang kat jalan utk mengelakkan gegaran kt perut. n NO MORE JEANS/TIGHT PANTS. kite dh beli seluar makcik2 tu yg kain linen tu yg terbuai2 ja bila pakai tu. dan ada getah kat pinggang tu.ahaks. perut bertambah buncit, mcm buncit lemak pn ada.
“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

No comments :
Post a Comment