entry yg agak kekeluargaan.
it's all based on self-observation.
melentur buluh bermula dari rebung
*tapi itu kalo anda dpt anak buluh betong la,kalau anak anda adalah manusia so bermula dari seawal kelahiran la*DUSH
as i am looking forward into marriage,it's about a Family.
Happy Family.
Di awal perkahwinan, people's around akan bertanya bila nak dpt baby.
Bila dah dpt baby, people's asking about the 2nd baby.
*gelojoh nau org yg suka betanya ni*
So.
Anak2 represent the Parents.
case1:anaknya sgt lah tertibsopansantunlemahlembutbudibahasahormatorgtua dll perkara mulia.
org2 akan memuji ibubapanya dulu, then puji anaknya.
case2:anaknya sgt la gelojohmakanterjerit2melompat2xkiratempat dll perkara kurang mulia.
org2 akan mengutuk ibubapanya la for sure, agaknya dah ibubapanya pun gelojohmakanterjerit2melompat2xkiratempat.
sbb tu sebelum kahwin n beranakpinak, org tua2 slalu pesan.
cukupkan ilmu di dada.bukan setakat reti masak gulai itikdanayamkampung*err ni menu tengari td*.bukan setakat pandai melayan suami.bukan setakat pandai mengemas almarikatildapurruangtamurumahdanlamanrumah.
kena jugak amik tau mcmn nak mengURUSkan rumahtangga.
mengURUSkan anak2*kalo ramai la*
mengURUSkan pendidikan anak2.
dan banyak lagi.
so, utk melengkapkan entry-ala-bijak ai ni, ai ada la google tips2 mendidik anak.
tlg jgn tny kenapa ai dah tebiat bergoogle tips2 ini segala.
useful tips.
lebih kepada peringatan dan persediaan utk diri sendiri.
*sumber:www.kpwkm.gov.my*
Didik anak agar makan dengan tangan kanan, membaca bismillah (bagi muslim)
Didik anak agar tidak tergesa-gesa dalam makan.kunyah dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.
Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan.
Didik ia agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, iaitu hanya mementingkan perut saja.
Ajar kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak.
*sumber:www.familiazam.com
Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa *dengar tu!!* dalam mendidik anak-anak. Iaitu; *yg ai highlight adalah favorites ai*
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.*not good*
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. *kalo mak mengangkang tgk tv,anak pon sama jugak*
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. *dahla muka mmg sedia masam, lg nak memasamkan muka*
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
SignOut.
No comments :
Post a Comment