FS

FS

Tuesday, December 24, 2013

Selasa, Merry Christmas dan Cuti!

finally dah selasa pon hoh!. hoyehhhh bole balik KL jumpak suami dan lil FS dapat jumpak abahnya! selepas almost 9 days we're not seeing each other. it'll always be an exciting things bila tiba hari nak ke KL to berkumpul as a family. yg paling touching everytime sampai KL adalah, reaksi muka fayyadh yg tgh 'scan' muka abah dia. usually he will takes 2-3minutes to finally smile to abah..there are times fayyadh seolah2 mcm merajuk dan belakon buat2 xkenal abah dia, maybe sebab dia pelik why abah was not around for the past 5days, n maybe dia ingat abah dia tinggalkan dia n pegi memana xbawak dia. we never know whats inside his heart. but 1 thing for sure i know deep down his heart he really missed his abah so much. haih, kesian fayyadh kecik2 lagi dh kena 'belajar' how to be strong n independent.

bukan senang sebenarnya PJJ ni. tambah2 lg bila dh ada anak kecik.tapi i-allah selagi mampu, aku cuba jugak besabar dgn PJJ ni.

so esok ada lah public holiday! dan cutiiii sampai weekend hoyeh!!! walaupun abah fayyadh xde cuti lgsg smpai end of this year but nevermind, we will still cari masa utk spend time together jalan2, makan2, shopping2, n everything! xsabar!

Friday, December 20, 2013

Keyboard Warrior

salam.

today xdak apa sgt nak buat, free and easy. so decide to make a write up an entry for this blog. kena istiqomah sbenarnya kalau nak blogging ni, aiyaiyai. being me, mcm lalang. skejap nk blog semangat membuak2, pastu up 1 entry dan hiatus bebulan2. apa pon xbole. pffftttt.

but sebut pasal keyboard warrior ni, mmg dh jd trend la skang ni kot. baik bebudak, mak budak, pak budak, semua pun dah terkena penyakit ni. aku pun ada jugak kdg2 terrrrrrkena perangai keyboard warrior ni. tipu la kalau nak ckp xpenah luahkan perasaan ka apa ka dlm facebook tu kan. tp KW ni can be on any social medias la, fb ka instagram ka twider ka blog ka, pecayalah. n cuba la pi tgk suma social medias tu. wajib ada KW.

slalunya kenapa jd KW ni? terrrrlalu banyak benda yg bole buatkan KW ni berleluasa sgt2. contoh kalau dlm instagram, artis2 upload gmbr selfie dorang n kejap lg beribu2 komen berdebat dalam tu. ada yg puji ok lah, ada yg mengutuk menghina, haaa kejap lg kau tgk brapa ramai defend artis tu. ada yg defend ada yg tumpang semangkuk mengutuk menghina org tu. aiyaiyai. dah kenapa korang ni?

sama la jugak kalau yg jenis tetiba sorang2 dia ja dok xdok asik laaaaa up status kat fb tu. mmg la tau tu kau punya fb suka ati kau la nak up status brp ribu pun dlm masa sehari tu, but u know that u have 'friends' dalam tu kan? ok la kalau status tu berilimiah xpa la jugak atleast bg manfaat kat org yg baca status tu, tp kau dh kenapa kalau kejap2 lepas 5 minit ko up status bengang itu bengang ini, kejap lg lepas 5minit kau up status berkasih sayang ko dgn pakwe ke tunang ko ke, kejap lg lepas 5minit ko up status maki sumpah seranah segala macam, kejap lg lepas 5 minit ko up lak status pasal sokong bola harimau malaya harimau muda segala. haiyo! pls la, get a life. hidup kita ni bukan stakat guna jari2 comel nak menaip kat keyboard2 komputer memasing ye, ok fine skang ni xyah tunggu keyboard komputer pun la,keypad ipad ka iphone ka blackberry ka samsung note 3 ka, eh mcm idaman hati jew hakhak, suma2 tu laaa asal ada tempat nak menaip, adaaaa ja idea korang kan nak jd KW tu? sabo je la mak encik.

dah le ye, jd biijak dlm penggunaan social media. jgn jd technology abuser (sukati kite la nak guna terms apa pun). ingat ye, dlm semuaaaaa social media yg kita join tu, kita ada 'friends' ok. ke ada je org yg ada fb twider ig suma tp dia xde friend? ada ke x? lols.

ok la. stop sini dl. nak cr idea utk next entries. gitu.

Wednesday, June 12, 2013

pengalaman melahirkan FS Pt. I

salam sejahtera. haa nampak. bajet mcm ramai org baca blog, padahal balik2 aku sniri yg baca entry aku. haha.

aku selamat melahirkan FS on 10 Dec 2012, hari ahad. kot. jap nak check kalendar. ok isnin.
berdasarkan EDD aku dpt 3 tarikhs, 8 Dec, 10 Dec, 12 Dec 12.
start maternity leave 3 Dec 2012, on advices jugak la. ikutkan sebelum tu lg aku nak cuti sbb bajet beranak awal. nasib baik dgr ckp kerani ofis, dia ckp anak sulung lambat branak, baik lah.
so bila dh start cuti, aku dihantar balik ke rumah mentua la, xkan nak dok kat sgamat lg pulak kan. Hubs in standby mode la in case aku branak sblm edd, n dia trus apply cuti la.

so tunggu punya tunggu pnya tunggu, 8 Dec perasaan nak beranak xkunjung tiba. theres no sign of labor pun.
berdoa jugak moga2 sempat la hubs balik melaka dl br rasa nak beranak. kebetulan pulak, mmg ptg 8 Dec tu hubs akan balik melaka sbb 9 Dec tu dia pny offday, fuh lega di situ. so bila hubs balik ptg tu, ai is happy la. bila2 nk branak pn branak la kan.

haa jap mcm dh nak telupa skit bila btul2 aku turun tanda tu. ok dah ingt. malam tu masa nak tido ok lg xdak any weird feeling pn. selesa la tido sbb ada teman kat sbelah haha. tiba2 dlm kul 2-3am tu dh mula sakit2 bhgn pinggang. ish, ni contraction ka apa sbb xpernah lgsg rasa sakit camtu. mild ja rasanya, bole handle lg. sambung tido lg n the pains tu on off la smpai ke pg. pagi 9 Dec tu around 6am, got sms from bro-in-law said tht my sis safely delivered her babygrrrll. fuh lg la rasa bedebar2 bila plak turn aku ni kan. dan2 tu jugak la sebelum tengari tu tiba2 tgk kat panties ada blood spot. bgtau hubs, n rilex ja dl xpanik pn. tengari ada lg skali blood spot, skit ja. sakit pnggang yg rasa mlm td tu lgsg dh xrasa. bila kali kedua check masih ada blood spot, trus rasa xsedap hati n bgtau hubs nak serah diri ke spital. lps asar, hubs dgn mak mentua ikut skali g hospital. time ni mmg rasa cuak dan takut tp excited pn ya sbb nk branak. dpt pulak mak mentua jenis happening, dia bole plak bukak crita yg kalo turun tanda darah ni org pnggil kembar darah. kalo kembar darah ni nak beranak sakittttt. fuh thanks la mak. syg mak kets-kets.

sampai hospital trus ke bhgn labor room, bkn la trus ke labor room yg org dok kangkang nk branak tu. ni tmpt pemeriksaan dulu la. tukar baju peplum pink hospital, dan tunggu giliran utk diperiksa. start tunggu kul 630pm gitu saaaammmpaiiii la complete checkup around 12am kot. dan dpt tau yg aku br 1cm dilated. doc suh masuk ward. ok i is happy la.

time ni br rasa cam ralat sbb xamik apa2 gambar pn sbg kenangan. kalo x bole show off gmbr peplum pink hospital tu.

mlm tu tido ward, hubs xdpt temankan kat dlm ward so dia tnggu kat luar, tido dlm keta. sian kan. tp selesa la ada aircond jugek. wah start ja mlm tu contraction mmg kaw2 la dia bg, mmg menangis jugak la tahankan sakit pnggang dipulas2 tu, pgg katil besi nk thn sakit kot. called hubs nk mengadu nasib, wah kemain selesa dia tido smpai xdgr aku called. tp masih bole bertahan la dgn sakit tu cuma skali dia dtg mmg xbole tido la.

early morning hubs masuk bwk mknn n dia sempat balik rumah skejap utk mandi manda tukar baju n dtg spital balik. pastu kena cont tunggu luar ward sbb bkn waktu melawat. he brought his friend utk teman dia bebual kat luar. aku sempat jamah roti skeping kot pg tu dgn milo. pastu nurse panggil utk check CTG.

almost 2hrs gak utk check CTG sbb bacaan xcantik. baby xaktif. so its not good la. doktor tu dtg doktor ni dtg, suma risau tgk bacaan CTG. n this doc decided to pecahkan ketuban. n he said ok good baby belum berak dlm tp u kena pegi labor room sbb u akan beranak ari ni jugak. walopn br 3cm dilated. time tu la br tau camana rasa air ketuban keluar bejejeh2 mcm air kencing yg xbole ditahan2. haha. mintak kebenaran sister tu utk mandi sbb blum smpat mandi pn pg td n nak mkn, tp sister xbg. dia suh segarkan muka skit ja n kencing apa suma, x cannottt eattt anymore. vhatttt? lapar kot. -_-.

time tu la called hubs xdpt2, gerammm sgt sbb kita ni dh panik sbb doc ckp akan branak arini jugak. time tu plak blum waktu melawat, lg 15mins gitu la nk stat waktu melawat. mcm nk menangis rasa called hubs xdpt2 lg. lps dah tukar peplum pink yg baru suma tu, naik wilchair utk ditolak ke laborroom. bgtau sister xdpt called hubs n nak hubs temankan dlm laborroom, sister ckp xpa nnt u called dia lg suh dia pegi laborroom.

bila teringat balik ni rasa mcm nk gelak pn ada,haha. by the time aku ditolak kluar ward tu, mak aii mcm kan artis pulak rasa sbb punyaaa la ramai menunggu luar pintu ward sbb nk masuk melawat sedara mara. time tu jugak zassss trus tenampak byg hubs n kwn dia dok tepi2 koridor menunggu nk masuk ward n time tu dia angkat phone n tunjuk isyarat bateri habis. ptt la pun. n dia trus gelabah la tgk bini dia dh atas wilchair kan, pg td elok lg bole begelak ketawa. sambil sister tolak, sambil tarik tgn hubs suh ikut masuk laborroom sbb rasa neves sgtttt.

hoh panjang la pulak.

aku trus ditolak ke labor room, 1 bilik 1 org, selesa. dan besar. ada sofa utk menunggu. dah tentu sofa tu utk peneman kan, xkan aku plak nk dok tnggu kat sofa tu haha. hubs pegi uruskan utk dptkan pass masuk ke LR(laboroom) dan dpt pakaian doktor. haha.

dgn muka cuak kelat2 dia tu, masuk ke bilik aku n dia ckp dia takut. haha. tp dlm takut2 sempat lg suh aku amik gmbr dia dgn bju doctor tu, mmg mendapat la kan org tgh sakit2 nk suh amik gmbr sgala. tp menyesal skali lg sbb xdak kenangan nk ditunjukkan sbb xamik gmbr apa punnnn -_-, uwaaa menyesalll.

dan bermulalah penantian itu. 10 jam uols. aku masuk bilik LR around 1pm. to cut the story short, at 911pm baaaaru la aku selamat melahirkan FS. tp xbest la kalo xcerita part contraction yg sakiittttt amattttt tu kan, ngahahhaa.bkn nama dia labor experience la nnt.

sbenarnya bila dikenangkan, sakit contraction adalah sakit yg bearable. time dia dtg, rasa sakittttttt sgtttttt xtau nk ckp dan time dia hilang, ko dh lupa sakit sgt ko td tu. amazing kan? amazing amazing pn, naik biru jugak la tgn suami kena pulas2 sbb xtahan sakit. nurse advise jgn hulur tgn kat isteri, suh isteri pgg besi katil. kwahajaa sgt nurse kan,haha. dia ckp bahaya kalo bg org yg tgh sakit nk bersalin ni pgg any part of hubs bodies.

ala nnt sambung lg la. byk lg nak cerita ni tp nak pegi solat dl.

nnt aku buat part II.

till then.

Monday, June 10, 2013

BLESSED 29TH BORNDAY

8th June 2013.
genap umur 29 tahun. seram jugak la bila kenangkan tahun depan dh masuk 3series.
but, luckily i managed to got married n got baby before that haha.
so tercapai la KPI kehidupan dan menjadi seorang wanita yg almost complete. 
dpd aku seorang pelajar, kemudian started my career in education field, kendian aku betunang-kawin segala on 2011, kendian aku berjaya melahirkan seorang zuriat utusan Allah ke dunia on 2012, 
kendian on 2013 i am a happy woman!!

there's nothing to expect from gorgone, mmg biasa kitorang kalau birthday2 or anniversary kitorng mcm malu2 nak celebrate puiii.last year ja masa birthday gogone i was trying to be sweet dgn plan all those surprises, last2 xmenjadi sgt pon haha. 

sbb tu la weekend br2 ni mmg excited sgt nak balik KL n spent time with hubs walopn dah tau jadual keja dia adalah sgt pack.mlm birthday dpt wish secara langsung dpd gorgone, dan baby FS haha. jadi lah. 
so on the 8th, nothing much happened, waiting gorgone balik keja n later that evening gorgone bwk besday mummy jln2 Bangsar Village pastu gi mkn2 kat Murni Aman Suria. 

sekian sambutan harijadi besday mummy. haha.


this is OUR birthday gift for this year. abah punya birthday pn dpt hadiah ni, ibu pnya birthday pn dpt hadiah ni. xdak jual kat mana2 pasaran, its fresh delivered from mummy's tummy haha. bersama lah kita berkongsi hadiah ini. our bundle of joy.our baby FS.

and this are my heroes. my driver. yg kenit tu nnt bole take over tugas ibu utk drive KBQ tu, hopefully by the time baby FS dpt lesen keta, abah dh belikan ibu keta baru la kan baby? haha

i am happy with what i am today, what i have today. Alhamdulillah Tuhan sentiasa memudahkan perjalanan hidup kita sekeluarga, susah payah senang lenang kita sekeluarga, cuma kita yg rasa ok! :)




Friday, June 7, 2013

Breastfeeding Journey

haaa ini baru the real entry.
breastfeeding journey baby FS selama genap 6bulan this month.
alhamdulillah syukur sgt sbb Allah bg peluang utk aku rasa how it's like to breastfeed ur baby. eveyday. without failed. and im happy with that. n kinda proud la of course.

the moment baby FS dilahirkan, nurse trus bg skin-to-skin dgn ibu. subhanallah xtau nak ckp apa perasaan time tu selain such a reliefffff dah bole keluarkan 3.25kg FS dpd perut ni. skin-to-skin tu sgt penting utk newborn baby. ada la dlm 2-3minit berpeluang hold him on my chest, nurse mntak baby FS utk diazankan si abah. lepas tu baru bwk g bersihkan n so on kat nursery. after sejam lebih lps setel urusan jahitmenjahit tu, nurse tanya if i would like to breastfed my baby. dah tentu la kan. rasa time tu cam xdak perasaan, xdak rsa kekok or takut or apa2. i am just ready to feed baby FS. 

that was the 1st time breastfed baby FS n luckily baby pandai sucking. so dah selamat di situ.
later aku cerita dlm entry lain pengalaman melahirkan baby FS.

siapa ckp senang utk trus komited menyusukan anak ni? i bet ramai yg kecundang dan xkuat semangat time2 awal beranak ni. mana dgn sakitnya bawah tu lg, mana dgn menahan sakit time baby sucking tu.sampai melecet2. dengan ramaiiiii doktor2 pakarrrr kat kg tu yg ckp eh susu ko byk ni ja 2 titik ja mana budak nk kenyang. kena bg susu tin br budak ni kenyang, sbb tu dia asyik melalak sbb dia lapar. truth to be told, baby FS already consumed susu formula S26 Gold 1 kotak rega dkt 70rm sebanyak 3oz, on his 7th day, on his akikah day. thats it. tu sahaja. tu saja yg terbabas masuk ke tekak dan perut FS. tu pn cuma utk puaskan doktorrrrr2 kg tu. since FS kena warded due to jaundice pd mlm kenuri hari ke7 tu, aku struggle gila utk keep on breastfeed n supply more milk to FS. time balik dpd hospital decide utk pegi Jusco n beli breastpump, breastpump yg sgt berjasa until today. fuhhh. malam 1st w'out FS beside, mana dgn sedih lg kenangkan anak dlm incubator lg, husband trus bg support utk pump susu n even dia sendiri yg tlg pamkan sbb tgn ni dah xlarat dan lenguh, manual, maklom la. husbnd sniri yg tlg pam dan we get so excited bila tgk susu yg kluar tu. its miracle. dpt 2oz sekali pump. rasa engorged, pump lg n simpan utk bwk ke hospital esoknya. continues until FS discharged.

since then, aku mmg xpandang lgsg baki S26 yg dibeli tu, dan aku yakin Tuhan Maha Kaya dan Pemurah, FS cukup kenyang dgn susu ibu ni. alhamdulillah.

its a best feeling evaaa dpt fully breastfeed ur baby. dan aku yakin jugak aku dpt bertahan sampai FS selayaknya berhak utk susu ni. aminnnnn.


this was my 1st time dpt pump susu n hasil sebanyak ni. i was like waaaa bykkk gileee susuuu FS haha. ni adalah pd hari ke-45, habis ja pantang pegi jln2 KL dan balik umah pump n dpt byk ni. rasa mcm nak pecah dia pny engorged tu. fuh.

ni pulak masa dah nak hujung cuti besalin, we were on our way to segamat utk ke rumah bakal babysitter FS. pump dlm keta, oh FYI aku prefer utk bg FS susu dlm botol during travel. jd bila dh engorged n i kenot tahan oredi, aku pam dlm keta. n ni hasil kedua terbanyak dan aku sniri2 kagum dgn hasil aku haha.xsilap aku almost 6oz.

ni pulak Rescue 911. 1st day FS kat umah BS dan BS called in the afternoon bgtau susu FS dah nak abis n i was like neee-noooo-neeee-noooo hantar susu yg br dipam kat surau ofis. demi anakku. haha.

and currently i managed to get this much for 2 sesh at the office. aktiviti mengepam aku di surau office akan dijlnkan sebyk 2kali, pukul 10.30am dan pukul 2.30pm dan jumlah adalah seperti di atas. ada hari yg aku dpt collect 10oz per day, but this 2-3weeks aku dpt kumpul up to 12oz per day. yihaaa!!

jadual mengepam sterusnya adalah di rumah. balik ofis kul 5, pickup FS n heading home. kalau mood FS ok, aku mandi siap2, pastu aku setup pump siap2, pastu aku wat aktiviti tandem nursing pulak. sbelah FS punya, sbelah Avent punya. haha. but nowadays FS dah pandai mendengki dgn Avent. ditendang2 dicuit2 nya kalau dia nmpk Avent tgh bekerjasama on the other side. haiyooo!

haha happy breastfeeding moms out there!! 
do follow the Kumpulan Ibu Menyusukan on FB. billionssss of info yg kita bole dpt kat page tu. ok!

lunch hour: off to smayang jumaat. haha
bye!

UAI USTAZ AZHAR IDRUS

perasan x? dalam Facebook? kan ada page-page contohnya mcm jap eh nak check facebook apa nama page tadi yg aku tgk ntah.ala xjumpak pulak sbb aku dh hide org yg shared page tu sbb ada gambar baby malang kepala besar, serius xmampu nak tgk lama2 sbb xsampai hati. budak mata sebelah la, mcm2 lg la gambar2 yg menyedihkan. ok sbenarnya nk ckp yg page2 kat facebook skang ni kebanyakannya guna gambar ustaz azhar idrus. ada perasan x? ka aku sorang yg perasan? tp betul wei, aku tgk nama page tu xdak kena mengena lngsg pn dgn UAI tp tup2 guna muka UIA as profile pic.

rasanya sbb apa? sbb nak attract org utk like page tu la, sbb apa lg. bila dh letak gambar UAI tu dah tentu org ingat nnt UAI yg update page tu padahal byk lg kot keja UAI nk buat nak2 dh ada 3 isteri skang ni. rajin plak dia handle bepuluh2 page yg guna muka dia tu. so ada pihak lain yg amik kesempatan utk guna gambar UAI utk attract fb user utk like page tu. xtau tujuannya apa. ada yg share kata2 hikmat, kata2 semangat, kata2 motivasi, petua petui rumahtangga dan lain2 la.

tp persoalannya, kenapa mesti guna gambar org lain kan? haha. sbb fitrahnya manusia ni, oo ok page ni gambar UAI mesti bila aku like page ni nnt hari2 bole dpt updates pasal UAI, ceramah dia kat mana, dpt baca ayat2 dakwah dia. padahal, tak.


Thursday, June 6, 2013

CUP CAP CUP CAPPPP

amboi kemain. mengunyah kepok lekor dgr 1 opis.

cupp capppp cuppp cappp cupp capppp *cam mbeeekkkk.

haha supposedly ni bole jd status FB ja tp takut ramai lak yg terasa hati.mihmihmih

ADS

teruja tgk 1st nuffnang ads masuk arini kat blog. hahaha.

tp dpd pagi bukak blog haram xbuat any entry pun spt yg digembargemburkan.

baru balik dpd lunch dan nasik goreng biasa tolo mata dia tawar xcukup garam. tp alhamdulillah la kenyang jugak sbb suami kite marah kalau kutuk2 makanan yg kita mkn.

br pasang niat nak main candy crush smentara menunggu 'tank' fully loaded utk wat 2nd sesh di musolla. haha.


wah dah laju eh skang ni nak upload pics dlm blog. waaa best2 nnt bole kite wat kesinambungan pembesaran baby FS! yeayyy!!

off fer now!!

Wednesday, June 5, 2013

PERANCANGAN

antara blogpost yg akan ke udara selepas ini adalah:

labor experience (xtau la aku nak sum up in 1 entry or nak buat part 1 part 2 mcm org slalu buat tu haha)

pasal baby FS

pasal marriage life

pasal arwah mak sob sob

pasal kerja

sumanya pasal yg happy2 ja la.

mungkin ada cita2 stress.

paham2 la, dh brapa lama aku x write up any entry kat sini.

HALLO.

jaga jaga cik salmah..

i am ready to back in track...

byk sgt benda yg nak diceritakan sebagai kenangan. at least tua2 nnt kalo boring aku bole bukak blog ni utk baca balik..

jadi..

jaga jaga cik salmahhhh..

kite nak start blogging balik niii..

jaga jaga cik salmahhh

haha. nak add nuffnang jugek, kot2 dpt duit haha
}, 10);